Font Size

SCREEN

Profile

Cpanel

My3L@CC : Lawatan Sambil Belajar ke Yayasan Restu : Satu Perjalanan, Seribu Pengetahuan

Pada 16 April 2013, telah diadakan lawatan sambil belajar ke Yayasan Restu di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam, Selangor. Sebahagian besar peserta terdiri daripada peserta kursus program pembelajaran sepanjang hayat bagi Kelas Tajwid & Al-Quran.

1

Seramai 30 orang termasuk dua orang pensyarah pengiring iaitu Pn. Nor Haslinda binti Baidari dan Puan Azizah binti Mahadi turut serta dalam lawatan ini. Menariknya rombongan juga turut disertai oleh seramai 12 orang warga emas yang merupakan peserta kursus pendek yang sangat komited dengan pelbagai kursus yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Hulu Langat.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi lebih penjelasan kepada peserta tentang penulisan Al-Quran mushaf Malaysia, memberi pengetahuan dan pengalaman tentang keunikan dan kepelbagaian penulisan Al-Quran mulai zaman awal Islam hingga masa kini. Selain itu, memupuk perasaan cinta kepad seni khat yang merupakan antara seni Islam yang utama.

            Kedatangan kami disambut oleh Cik Atiah, kakitangan Yayasan Restu tepat jam 9.00 pagi. Beliau telah memberi penerangan serba ringkas tentang Yayasan Restu serta penulisan al-Quran mushaf Malaysia yang dinamakan “Taba’ah ‘Ain at-Taqwa” yang telah disiapkan pada tahun 2003. Maksud “Taba’ah ‘Ain at-Taqwa” adalah cetakan yang bersumberkan koleksi motif seni tampak Melayu Islam yang dimanfaatkan dalam pelbagai bidang aplikasi bagi membangunkan budaya taqwa. Dimaklumkan bahawa terdapat lebih seribu motif seni Melayu di dalam setiap lembaran mushaf al-Quran tersebut.

Seterusnya peserta telah dibawa melawat muzium yang menempatkan tentang sejarah awal al-Quran sejak awal Islam khususnya daripada aspek penulisannya. Malahan terdapat juga salinan tulisan Al-Quran oleh Saidina Othman bin Affan yang telah diperolehi daripada Muzium di Uzbekistan. Terdapat juga al-Quran dari pelbagai negara yang menggunakan khat yang berlainan seperti khat Kufi Fatimi, Diwani jali, Ijazah, Farisi, Kufi Maghribi dan sebagainya. Sememangnya mengkagumkan! Bahkan kami juga dimaklumkan, terdapat dua buah naskhah al- Quran tulisan tangan di Acheh yang telah dijual bagi menampung kos perubatan tok guru beliau kepada Yayasan Restu dua minggu sebelum berlakunya tsunami pada tahun 2005. Inilah tanda kekuasaan Allah Taala.

2Selain itu, juga terdapat pameran seni khat yang sungguh cantik hasil kerja tangan warga Yayasan Restu dan sebahagiannya telah pun terjual dengan harga mencecah puluhan ribu ringgit. Menariknya di muzium ini juga terdapat replika rumah Rasulullah S.A.W bersama Saidatina Khadijah ketika baginda tinggal di Mekah. Sungguh terharu…… terasa sukarnya hidup baginda dalam menyebarkan Islam demi kita umatnya. Malahan di sudut lain pula terdapat tayangan video berkaitan diri baginda serta barang-barang peninggalan baginda seperti pedangnya, simpanan rambut, pakaian dan sebagainya.

3Akhir sekali, kami juga telah di bawa ke Restu Shop dimana pelbagai jualan khususnya berkaitan seni khat ada dijual disini. Sesiapa yang berminat juga boleh mengabadikan nama masing-masing dengan tulisan khat pada kad yang telah disediakan dengan sedikit bayaran sahaja. Tepat jam 12.30 tengahari , kami bertolak pulang ke KKHL dengan senyuman penuh kegembiraan dan kepuasan. Sememangnya ia merupakan satu perjalanan yang sarat dengan seribu pengetahuan!

Statistik Pelawat

Hari ini3
Semalam6
Minggu ini152
Bulan ini627
Keseluruhan13880
You are here:Home Berita Zon Selangor My3L@CC : Lawatan Sambil Belajar ke Yayasan Restu : Satu Perjalanan, Seribu Pengetahuan